KWSP Perjelas Syarat Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Dari: http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm_p2news_press&ac=2196
KWSP Perjelas Syarat Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan syarat-syarat terperinci pengeluaran untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan seperti yang telah dimaklumkan dalam kenyataan media pada 7 September lalu.
Mulai 1 Januari 2008 ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2 boleh membuat pengeluaran untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan mereka.
Jumlah minimum pengeluaran bulanan ialah RM100 bagi tempoh minimum tidak kurang daripada enam bulan manakala jumlah maksimum pengeluaran bulanan tidak melebihi jumlah ansuran bulanan pinjaman perumahan.
Jumlah simpanan dalam Akaun 2 yang diperuntukkan untuk pengeluaran ini tidak boleh dikeluarkan untuk pengeluaran-pengeluaran lain.
Selain itu, ahli juga mesti belum mencapai umur 55 tahun dan tidak mempunyai tunggakan ansuran pinjaman perumahan.
Pengeluaran ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2008 pada 7 September lalu membenarkan ahli mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 dan bayaran dibuat terus ke dalam akaun peribadi bank mereka secara bulanan.
Buat masa ini ahli dibenarkan mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 untuk membina atau membeli rumah dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan.
Syarat-syarat pengeluaran bulanan ini adalah seperti berikut:
Ahli mesti pembeli atau pembina dan peminjam serta pemilik ke atas rumah kediaman atau rumah kedai dengan unit kediaman.
Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan.
Rumah tersebut telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman dan pinjaman telah dikeluarkan sepenuhnya (full disbursement) oleh pemberi pinjaman.
Ahli boleh membuat pengeluaran bagi mana-mana rumah tertakluk kepada sebuah rumah untuk setiap ahli dan tidak terhad kepada rumah yang pernah dibuat pengeluaran lain sebelum ini. Bagaimanapun, pengeluaran untuk kali kedua dan seterusnya hanya dibenarkan untuk rumah yang sama.
Pembiayaan semula (refinance) yang tidak berkaitan dengan pinjaman perumahan adalah tidak dibenarkan bagi pengeluaran ini.
Bagi ahli yang pertama kali membuat pengeluaran ini perlu mengisi Borang KWSP 9P (AHL) dan mengemukakan dokumen sokongan yang disahkan iaitu salinan Kad Pengenalan, salinan buku/penyata akaun bank yang masih aktif, surat pengesahan baki pinjaman perumahan, Surat Perjanjian Jualbeli/Bina Rumah, surat kelulusan pinjaman perumahan dan Borang Gadaian dan Suratan Hakmilik atau Suratan Ikatan Serahhak.
Manakala bagi pengeluaran seterusnya sekiranya ahli masih mempunyai baki pinjaman, ahli hanya perlu mengisi borang pengeluaran dan mengemukakannya berserta salinan Kad Pengenalan, salinan buku/penyata akaun bank yang masih aktif dan surat pengesahan baki pinjaman perumahan terkini.
KWSP akan membatalkan pengeluaran bayaran bulanan ini dan ahli akan hilang kelayakan memohon pengeluaran tersebut di masa depan sekiranya didapati:
Ahli mempunyai hutang tertunggak (non-performing loan) dengan pemberi pinjaman.
Pinjaman telah dibatalkan/diselesaikan.
Rumah telah dijual/dilelong/telah dipindahmilik kepada pihak lain.
Ahli disabitkan menipu dengan mengemukakan dokumen/butiran palsu untuk pengeluaran ini.
Maklumat lanjut mengenai pengeluaran berkenaan boleh diperoleh di laman web KWSP di bawah Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.
(HIZWANI HASSAN)
Pengurus Besar Kanan
Pembangunan Organisasi
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 14 Disember 2007


November 7th, 2008 at 11:17 am
pertanyaan untuk kwsp, berapa persenkah yang boleh dikeluarkan dari total epf untuk membeli sebuah rumah???
thanx for u reply!
March 21st, 2011 at 10:05 am
Salam
Tahukah anda yang anda mampu mengurangkan interest rumah anda hanya dengan menggunakan transactional loan?
Kelebihan transactional loan..
- Mampu mengurangkan interest sehingga 40-70%
- Memendekkan tempoh pembayaran dari 30 tahun ke 13-16 tahun sahaja. Bergantung kepada teknik yang digunakan (terdapat 3 teknik, akan diterangkan semasa presentation)
- Menambah savings anda
- Mampu memiliki rumah kedua atau ketiga
- Mampu membuat renovation rumah
contoh TL: keseluruhan loan kena bayar RM200k, tp dgn transactional loan ini. Peminjam cuma perlu bayar RM120K sahaja, juga dapat memendekkan jangkamasa pinjaman.
contoh: sepatutnya loan sampai 30 tahun jadi 16 tahun sahaja.
Ini bukan gimik. Sebenarnya semua bank pun ada plan ini, cuma sebelum ini plan ini hanya sesuai utk golongan berpendapatan tinggi sahaja. Sebabnya untuk guna loan ini, peminjam perlu membayar beberapa % dari pokok. selain tu ada banyak charge2 lain dikenakan. Cuma transactional loan ini sahaja yg tiada mengenakan sebarang kos dan memang dibuat untuk golongan pendapatan sederhana.
Siapa yg patut ambil peluang ni?
1) ANDA YG MMG ADA LOAN RUMAH. Transfer je loan anda ke transactional loan, tiada bayaran dikenakan.
2) ANDA YG BARU NAK BUAT LOAN RUMAH.
Berminat? Sediakan dokumen seperti:
- IC fotostat
- payslip 3 bulan
- Bank statement 3 bulan
- surat pengesahan jawatan
- SNP (sekiranya ingin refinance rumah)
- Bil air/elektrik
- copy buku bank..
- epf statement/ea form
- housing loan latest statement (sekiranya ingin refinance)
Qasha - 0193695600
pergem11@yahoo.com
September 7th, 2011 at 12:30 pm
pertanyaan utk kwsp, bolehkah sya membuat pengeluaran ansuran bulanan utk rumah yg dibeli oleh suami sya yg menggunakan loan kerajaan? kalau boleh bagaimanakah caranye?