http://afidie.com/blog random header image








Kad Hutang!

Salam,
dsc00931_450x600.jpgSemalam aku tak berapa sihat, so lepak jer kat rumah. Petang tu aku pergi la ke klinik, then…mak oooii, panjang nyer barisan orang2 yang sakit! dari yg tua, kecik sampai la yg besar..

Lepas bagi nama, aku belah pi tempat lain, masuk kedai buku, ternampak buku yg aku kira mmg bagus bagi aku dan kawan-kawan… tajuknya ‘HENTIKAN BOROS DAN HUTANG’… Oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang, RM7.00, tak mahal kalau dibandingkan dgn isi kandungannya…

banyak cerita2 dan tips ttg keburukan hutang dan juga perangkap kad kredit… Alhamdullilah, so far saya masih lagi tak terperangkap dgn perangkap kad kredit ni…

Hari ni saja la surfing berkaitan dgn hutang dan terjumpa berita lama pasal kes muflis, yg saya rasa masih lagi valid even today…

UTUSAN MALAYSIA
3/8/2006

Ramai Melayu muflis
Oleh SYAHRIL A. KADIR

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Pertambahan kes muflis melibatkan orang Melayu kini berada di tahap yang semakin membimbangkan.

Tiga tahun lalu sebanyak 51 peratus daripada 104,770 kes kebankrapan terdiri daripada orang Melayu dan jumlah tersebut didapati bertambah dari tahun ke tahun.

Terbaru, empat muka surat notis muflis yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam Utusan Malaysia memperlihatkan 124 daripadanya adalah individu Melayu, Cina (76), India (19) dan selebihnya adalah syarikat.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M Mohamed Idris berkata, walaupun hutang minimum yang diperlukan untuk diisytiharkan muflis telah dinaikkan daripada RM10,000 ke RM30,000 namun kes kebankrapan di kalangan orang Melayu terus meningkat.

“Empat sebab teratas berlakunya kebankrapan adalah kegagalan membayar pinjaman sewa beli kenderaan (23 peratus), kegagalan membayar pinjaman pendidikan (16 peratus), tunggakan hutang bank (15 peratus) dan hutang kad kredit (11 peratus).

“Akibatnya terlalu ramai yang tertekan, kehilangan harta benda, reputasi, ketenangan fikiran dan kehidupan keluarga yang tidak bahagia akibat berhutang,’’ katanya pada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, sehubungan itu CAP ingin mencadangkan beberapa jalan penyelesaian agar jumlah kebankrapan tersebut tidak lagi meningkat dengan lebih ketara pada masa akan datang.

Antaranya, menurut S. M Mohamed, kerajaan perlu meningkatkan bayaran pendahuluan minimum bagi perjanjian sewa beli kepada sekurang-kurangnya 20 peratus berbanding 10 peratus ketika ini.

Tambahnya, selain itu, ketatkan proses mendapatkan kad kredit, antaranya pendapatan minimum perlu kembali kepada RM24,000 setahun dan bayaran semula bulanan perlulah tidak kurang 20 peratus daripada jumlah bil.

Ujarnya, tiada pinjaman seharusnya diberikan apabila had tertentu sudah dicapai, contohnya jika hutang pemohon sudah pun melebihi 50 peratus daripada gajinya.

“Rakyat Malaysia memang terlalu banyak meminjam terutamanya dalam perniagaan, kenderaan, rumah, saham dan sebagainya.

“Orang ramai perlu diberi lebih banyak kesedaran betapa perlunya kita semua berbelanja ikut kemampuan dan keperluan,’’ katanya.

AddThis Social Bookmark Button

  Leave a Reply