Strategi Kekayaan 2 : Ilmu & Kemahiran
http://www.mohdsuhaimy.com/
Strategi Kekayaan 2 : Ilmu & Kemahiran
By shuth
Ok!.. perkara kedua yang terpenting dan perlu dimiliki untuk mencapai kebebasan kewangan ialah ilmu & kemahiran.
Jika anda lihat pada Gambrajah SSW tersebut, anda dapat lihat, ilmu & kemahiran diletakkan di sebelah kiri dan kanan serta sama besar. Ini bermaksud ilmu & kemahiran perlulah seimbang.
Dan satu perkara lagi… bentuk ilmu & kemahiran adalah segitiga terbalik… ia sebenarnya bermaksud. Pada permulannya, anda perlukan sedikit ilmu & sedikit kemaiharan, tetapi, apabila anda semakin hampir ke tahap kebebasan kewangan.. maka semakin banyaklah ilmu serta kemaihran yang perlu anda miliki. Kedua-dua perkara tersebut adalah penting untuk menyokong kedudukan anda. (ilmu & kemahiran di kiri kanan, ia seperti penyendal, kurang salah satu @ tidak seimbang.. maka akan sengetlah kedudukan “kebebasan kewangan” anda.. silap haribulan boleh runtuh..)
Secara ringkasnya.. itulah yang dimaksudkan dengan bahagian ilmu & kemahiran pada gambarajah tersebut. Selain dari seimbang, ia juga bermula dari sedikit dan kemudiannya bertambah & meningkat dari semasa ke semasa, selari dengan peningkatan tahap kewangan anda. Semakin tinggi tahap kewangan anda, semakin banyak ilmu & kemahiran diperlukan.
Tetapi, bila bercakap pasal ilmu dan kemahiran… ramai orang akan tertanya-tanya… “Iya lah! Semua orang tahu kalau nak kaya & berjaya perlukan ilmu & kemahiran.. tapi ilmu banyak jenis ilmu.. nak kaya.. ilmu apa yang nak kena tahu? “Â
Bersambung…

