http://afidie.com/blog random header image








ARTIKEL: MEMAHAMI MINDA JUTAWAN

Hi visitors,

Here’s the latest info from our milllionaires, Saudara Irfan…

====================================================

ARTIKEL: MEMAHAMI MINDA JUTAWAN

Oleh: Dr Irfan Khairi

Dr Thomas J Stanley, penulis buku terlaris “The Millionairs Mind”
telah membuat penyelidikan atas berats-ratus jutawan untuk memahami, apakah sebenarnya faktor-faktor yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dari segi kewangan. Berikut adalah carta Millionaire’s Mind menurut turutan:

1. Jujur dengan semua orang
2. Berdisiplin
3. Mesra dengan semua orang
4. Mempunyai teman hidup yang memahami
5. Bekerja lebih masa dari orang lain
6. Mencintai kerja atau karier mereka
7. Mempunyai kebolehan pimpinan yang hebat
8. Mempunyai daya saing yang tinggi
9. Teratur dan terurus
10. Kebolehan menjual idea sendiri atau produk sendiri

Jujur dengan semua orang
========================

Menurut kajian Dr Stanley, sifat jujur merupakan faktor utama dalam mencapai kecemerlangan dalam kewangan. Kejujuran merupakan prinsip yang dipegang oleh setiap jutawan yang ditemuramah oleh Dr Stanley.

Berdisipilin
============

Faktor ke-dua adalah mempunyai disiplin yang tinggi. Dalam mencapai apa sahaja yang berbaloi, sudah tentu mempunyai pengorbanan yang setimpal. Disiplin diperlukan dalam pengorbanan tidak kira dari segi pengorbanan wang, masa dan juga tenaga dalam mencapai cita-cita.

Mesra dengan semua orang
========================

Dr Stanley mendapati faktor ketiga adalah jutawan-jutawan ini mudah didampingi dan mesra dengan semua orang. Mereka adalah dari golongan yang mudah bergaul dengan berbagai-bagai pihak. Kebolehan ini merupakan kekuatan komunikasi seseorang dengan orang disekeliling. Kebolehan berkomunikasi adalah penting oleh kerana ianya dikatakan 85% kejayaan seseorang itu bergantung kepada mereka yang berada disekeliling kita.

Mempunyai teman hidup yang memahami
===================================

Ya, isteri atau suami yang memahami adalah antara faktor penting mencapai kecemerlangan kewangan! Teman hidup seseorang bakal jutawan perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk mencapai cita-cita yang tinggi. Pepatah Inggeris berbunyi “Behind every successful men, there’s a women” - Begitu juga sebaliknya bagi golongan wanita yang berjaya!

Bekerja lebih masa dari orang lain
==================================

Secara purata, kebanyakan daripada kita bekerja 45-50 jam satu minggu. Mereka yang Berjaya dalam kewangan meluangkan lebih masa untuk kerja dan karier mereka. Kebanyakannya bekerja lebih dari 70 jam setiap minggu sehingga 90 jam setiap minggu. Ini jelas menunjukkan bahawa jutawan-jutawan ini kerja dua kali ganda lebih daripada orang biasa.

Mencintai kerja dan karier mereka
=================================

Bukan lagi rahsia bahawa dalam mencapai kejayaan kewangan, seseorang itu perlu ghairah dengan apa kerja atau karier mereka.
Billionaire muda Michael Dell, pengasas Dell Computers sememangnya minat dengan kompter sejak dibangku sekolah lagi. Ketika itu, beliau membina dan memasang komputer dan memberikanya secara percuma kepada rakan-rakan. Minat dan keghairahan beliau terhadap komputer telah dibawanya menjadi perniagaan yang disegani sehingga kini.

Mempunyai kebolehan pimpinan yang hebat
=======================================

Kebanyakan daripada mereka yang mencapai status jutawan memiliki perniagaan sendiri. Dalam memiliki perniagaan, sudah tentu perlu mengendalikan pekerja-pekerja. Kebolehan pimpinan diperlukan dalam mendeligasi segala kerja syarikat kepada pekerja-pekerja.

Mempunyai daya saing yang tinggi
================================

Jutawan terdiri daripada mereka yang mempunyai daya saingan yang tinggi. Mereka dikatakan mempunyai kekuatan dan keinginan bersaing dalam pelbagai bidang- dan kebanyakannya, mereka ingin menang!

Teratur dan terurus
===================

Sering kali topik pengurusan masa dan pengurusan diri tidak akan lari apabila berbincang tentang kejayaan. Salah satu faktor utama kecemerlangan kewangan adalah untuk menjadi seorang yang teratur dan terurus. Sememangnya, setiap insan di dunia hanya mempunyai 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun mengendalikan hidup mereka sehari. Kita semua mempunyai masa yang sama. Mereka yang berjaya adalah mereka yang bijak menguruskan masa, hari, bulan dan tahun yang diberikan sebaik mungkin.

Kebolehan menjual idea atau produk sendiri ==========================================

9 daripada 10 rezeki datangnya dari perniagaan. Kebolehan menjual idea atau produk adalah kebolehan utama dalam menjayakan sesuatu perniagaan.

Penyelidikan atas jutawan-jutawan dapat memberi gambaran yang lebih jelas minda seseorang jutawan. Untuk menjadi jutawan, anda tidak perlu mencipta kaedah atau teknik baru. Pelajari dan lakukan sahaja apa yang dilakukan oleh jutawan-jutawan lain!

====================================================

AddThis Social Bookmark Button

  Leave a Reply